Perutusan Pengarah
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perak Aman Jaya.Selamat datang ke laman web rasmi Lembaga Muzium Negeri Perak, satu paparan maklumat yang berkaitan dengan warisan dan sejarah negeri Perak secara amnya.
Sudah semestinya pada zaman dunia tanpa sempadan ini, anda akan mendapatkan maklumat yang anda cari, tetapi dengan melawat dan melihat sendiri muzium-muzium dan galeri di Lembaga Muzium Negeri Perak yang telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Pelancongan Malaysia sebagai tarikan pelancong terbaik , ia akan menjadi lebih bermakna.
Pihak kami akan sentiasa memaparkan maklumat terkini mengenai berita-berita terbaru dan publisiti terkini di Lembaga Muzium Negeri Perak. Diharapkan pembangunan laman web ini dapat mendekatkan muzium dan anda dalam mengenali warisan dan sejarah negeri Perak.
Kami juga amat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan anda untuk memperbaiki lagi laman web ini untuk memberikan yang terbaik untuk anda.
Selamat melayari laman web kami.
Semoga kita berjumpa lagi.
Assalamualaikum.
NJI
Pengarah,
Lembaga Muzium Negeri Perak.