Soalan Lazim

Apakah muzium-muzium yang terdapat di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak?

Berikut adalah muzium-muzium yang terdapat di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak:-
  1. Muzium Darul Ridzuan
  2. Muzium DiRaja Kuala Kangsar
  3. Muzium Beruas
  4. Kompleks Sejarah Pasir Salak
  5. Galeri Sultan Azlan Shah
  6. Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah

Berapakah bayaran masuk ke muzium-muzium di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak?

Bayaran masuk ke muzium-muzium di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak adalah seperti berikut:-
  1. Muzium Darul Ridzuan - Percuma
  2. Muzium DiRaja Kuala Kangsar - Percuma
  3. Muzium Beruas - Percuma
  4. Kompleks Sejarah Pasir Salak - Dewasa : RM4.00 - Kanak-kanak : RM2.00
  5. Galeri Sultan Azlan Shah - Dewasa : RM4.00 - Pelajar IPTA / Sekolah Menengah : RM2.00 - Sekolah Rendah : RM1.00
  6. Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah - Percuma

Adakah pihak Lembaga Muzium Negeri Perak menyediakan lawatan berpandu? Jika ada, apakah prosedur untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Ya, Lembaga Muzium Negeri Perak menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu kepada pelawat. Pelawat perlu membuat temujanji dengan menyatakan dengan jelas tarikh, waktu dan bilangan peserta lawatan berpandu seminggu sebelum lawatan kepada pihak pentadbiran muzium.

Adakah Lembaga Muzium Negeri Perak ada membuat pengambilan pelajar praktikal? Jika ya, apakah prosedur yang terlibat.

Pengambilan pelajar praktikal bergantung kepada keperluan dan kekosongan di Lembaga Muzium Negeri Perak. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di Lembaga Muzium Negeri Perak boleh menghantar resume beserta permohonan rasmi daripada pihak Universiti/Institusi.
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map