Informasi

Lawatan Yayasan Temasek Singapura ke Galeri Rumah Lat

  5 Mac 2024     Perak

5 Mac 2024 (Selasa) : Lawatan Kerja Rasmi Encik Amrin Amin, Ketua Pembanggunan Korporat, Yayasan Temasek Singapura ke Galeri Rumah Lat. Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yayasan Temasek Singapura serta rombongan.

#grl #muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak



Lawatan Prof. Christina Skott, Fellow Magdalene College, University of Cambridge UK

  5 Mac 2024     Perak

5 Mac 2024 : Lembaga Muzium Negeri Perak mengiringi lawatan Prof. Christina Skott, Fellow Magdalene College, University of Cambridge, United Kingdom ke Taiping dan Kuala Kangsar, Perak.

Prof. Christina Skott turut menghadiri perbincangan di Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Muzium Perak (Taiping) dan Antong Coffee serta Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak.

Prof. Christina Skott dalam rangka mendapatkan data untuk suatu kajian berkaitan “Colonial Agricultural in the 19th Century” di Perak.

Terima kasih yang tidak terhingga daripada Lembaga Muzium Negeri Perak kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Pengarah Muzium Perak (Taiping), Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama dan Pemilik Antong Coffee.

Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

#muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak


Lawatan Sonny Bill Williams ke Muzium Diraja Kuala Kangsar

  22 Februari 2024      Kuala Kangsar, Perak.

22 Februari 2024 (Khamis) : Kunjungan dari bekas bintang ragbi dunia (All Blacks New Zealand) Sonny Bill Williams ke Muzium Diraja Kuala Kangsar setelah selesai beramah mesra bersama pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang menjadikan salah satu lokasi persinggahan beliau dalam rangka lawatan ke Malaysia. Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rombongan yang hadir bersama.

#mdrkk #muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak

IMG 8907
IMG 8908
IMG 8909
IMG 8910
IMG 8911
IMG 8912
IMG 8913
IMG 8914
IMG 8915
IMG 8916
 

Seniman Diraja Dato' Lat Terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize 2023

  22 Disember 2023     Guangzhou, China

Sekalung Tahniah Lembaga Muzium Negeri Perak mengucapkan kepada Seniman Diraja; Dato' Mohd Nor bin Khalid (Lat) di atas Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize 2023 di Guangzhou, China, pada 22 Disember 2023.

Majlis ini dikendalikan oleh Cai Zhizhong Comic Committe dibawah naungan pelukis komik tersohor di China, yang sudah lama terkenal bertapak di dalam dunia penerbitan di China dan di peringkat antarabangsa.

#lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak

LAT-001
LAT-002
LAT-003
LAT-004
 

Majlis Perasmian Galeri Rumah Lat

  8 Julai 2023      Batu Gajah, Perak.

Menjunjung kasih Tuanku.

BATU GAJAH, 8 JULAI 2023-DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli merasmikan Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Perak.

Turut berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama,

YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Saarani bin Mohamad bersama isteri, YABhg. Datin Seri Aezer Binti Zubin.

Galeri Rumah Lat mempamerkan hasil karya seni yang dihasilkan oleh kartunis tersohor tanah air, Dato' Mohd Nor bin Khalid atau dikenali sebagai "Lat" sepanjang pembabitannya sebagai seorang kartunis.

Galeri ini mempamerkan kisah hidup Lat bermula sejak kelahirannya sehingga kini, perjalanan kerjayanya sebagai kartunis, karya-karya kartun Lat, komik-komiknya warkah-warkah terpilih, gambar-gambar sebenar sebagai lipatan kenangan, barangan peribadi yang digunakan untuk berkarya, anugerah-anugerah dan banyak lagi.

Para pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman sebenar memasuki ke rumah kayu yang mengambil ilham daripada komik "The Kampung Boy".

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan juga berkenan menganugerahkan Dato’ Mohd Nor bin Khalid sebagai "Seniman Diraja".

#grl #muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak

IMG 4155
IMG 4156
IMG 4158
IMG 4159
IMG 4160
IMG 4163
IMG 4165
IMG 4166
IMG 4172
IMG 4173
IMG 4175
IMG 4176
 

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman