Informasi

Majlis Perasmian Galeri Rumah Lat

  8 Julai 2023      Batu Gajah, Perak.

Menjunjung kasih Tuanku.

BATU GAJAH, 8 JULAI 2023-DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli merasmikan Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Perak.

Turut berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama,

YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Saarani bin Mohamad bersama isteri, YABhg. Datin Seri Aezer Binti Zubin.

Galeri Rumah Lat mempamerkan hasil karya seni yang dihasilkan oleh kartunis tersohor tanah air, Dato' Mohd Nor bin Khalid atau dikenali sebagai "Lat" sepanjang pembabitannya sebagai seorang kartunis.

Galeri ini mempamerkan kisah hidup Lat bermula sejak kelahirannya sehingga kini, perjalanan kerjayanya sebagai kartunis, karya-karya kartun Lat, komik-komiknya warkah-warkah terpilih, gambar-gambar sebenar sebagai lipatan kenangan, barangan peribadi yang digunakan untuk berkarya, anugerah-anugerah dan banyak lagi.

Para pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman sebenar memasuki ke rumah kayu yang mengambil ilham daripada komik "The Kampung Boy".

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan juga berkenan menganugerahkan Dato’ Mohd Nor bin Khalid sebagai "Seniman Diraja".

#grl #muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak

IMG 4155
IMG 4156
IMG 4158
IMG 4159
IMG 4160
IMG 4163
IMG 4165
IMG 4166
IMG 4172
IMG 4173
IMG 4175
IMG 4176
 

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman