Skip to main content

Mini Galeri Rumah Lat Sempena Majlis Pelancaran Kampung Angkat & Sekolah Angkat MADANI

11 April 2026, Sabtu Lembaga Muzium Negeri Perak turut serta memeriahkan Majlis Pelancaran Kampung Angkat & Sekolah Angkat MADANI Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di SK Kota Bharu, Kampar, Perak. Penyertaan ini adalah bersempena jemputan sebagai pempamer Mini Galeri Rumah Lat, menampilkan paparan bahan koleksi, ilustrasi serta visual berkaitan karya-karya agung Dato' Lat yang turut berasal dari Kampung Kota Bharu, Perak.
 
Majlis Peluncuran telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahalan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Turut hadir, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak beserta dif-dif jemputan Negeri Perak.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir memberi sokongan. Sama-sama kita memartabatkan warisan dan seni budaya Negeri Perak.
 
 
 
 
01.jpg
010.jpg
011.jpg
012.jpg
013.jpg
014.jpg
015.jpg
016.jpg
017.jpg
018.jpg
019.jpg
02.jpg
020.jpg
03.jpg
04.jpg
05.jpg
06.jpg
07.jpg
08.jpg
09.jpg