

Soalan Lazim
Berikut adalah muzium-muzium yang terdapat di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak:-
- Muzium Darul Ridzuan
- Muzium DiRaja Kuala Kangsar
- Muzium Beruas
- Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Galeri Sultan Azlan Shah
- Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah
- Galeri Rumah Lat
Bayaran masuk ke muzium-muzium di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak adalah seperti berikut:-
- Muzium Darul Ridzuan - Percuma
- Muzium DiRaja Kuala Kangsar - Percuma
- Muzium Beruas - Percuma
- Kompleks Sejarah Pasir Salak - Dewasa : RM4.00 - Kanak-kanak : RM2.00
- Galeri Sultan Azlan Shah - Dewasa : RM4.00 - Pelajar IPTA / Sekolah Menengah : RM2.00 - Sekolah Rendah : RM1.00
- Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah - Percuma
- Galeri Rumah Lat - Rujuk jadual harga pada pautan INI
Ya, Lembaga Muzium Negeri Perak menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu kepada pelawat. Pelawat perlu membuat temujanji dengan menyatakan dengan jelas tarikh, waktu dan bilangan peserta lawatan berpandu seminggu sebelum lawatan kepada pihak pentadbiran muzium.
Pengambilan pelajar praktikal bergantung kepada keperluan dan kekosongan di Lembaga Muzium Negeri Perak. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di Lembaga Muzium Negeri Perak boleh menghantar resume beserta permohonan rasmi daripada pihak Universiti/Institusi.
- Siapakah yang boleh menyumbangkan koleksi kepada LMNP?
Sesiapa sahaja yang memiliki koleksi secara sah dan ingin menyumbang kepada Lembaga Muzium Negeri Perak boleh berbuat demikian.
- Apakah jenis koleksi yang boleh disumbangkan?
Koleksi boleh terdiri daripada barangan warisan, buatan sendiri, hadiah, pembelian atau koleksi keluarga yang mempunyai nilai sejarah, budaya, dan warisan.
- Adakah koleksi yang disumbangkan akan dipulangkan semula jika diminta?
Tidak. Koleksi yang telah disumbangkan menjadi hak milik mutlak LMNP dan tidak boleh dituntut semula oleh pemberi atau waris.
- Apakah syarat asas bagi sesuatu koleksi untuk diterima?
Koleksi mestilah:
- Milik sah pemberi (bukan dari sumber yang meragukan).
- Bebas daripada sebarang sekatan hak cipta.
- Dalam keadaan baik untuk aktiviti permuziuman.
- Adakah LMNP akan memberitahu pemberi jika koleksi dipamerkan?
Tidak. LMNP berhak menggunakan koleksi untuk apa-apa tujuan permuziuman tanpa perlu memaklumkan kepada pemberi.
- Bolehkah LMNP menolak sumbangan?
Ya. LMNP berhak menolak sumbangan sekiranya:-
- Maklumat yang dikemukakan adalah tidak benar.
- Koleksi memberi impak negatif kepada institusi.
- Siapakah yang menanggung kos penghantaran koleksi ke LMNP?
Segala kos pengambilan dan penghantaran koleksi adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemberi.
- Bagaimanakah proses sumbangan dilakukan?
- Isi borang sumbangan dengan lengkap.
- Lampirkan gambar koleksi (secara fizikal atau emel).
- Hantar borang ke alamat LMNP.
- Permohonan akan diproses dalam masa 2 minggu dari tarikh penerimaan borang.
- Di manakah borang boleh dihantar?
Ke alamat:
Lembaga Muzium Negeri Perak,
Muzium Darul Ridzuan,
2020, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-241 0048 | Emel:
- Adakah pemberi akan menerima sebarang ganjaran?
Tidak. Pemberi mengakui bahawa tiada ganjaran atau hadiah diterima atas sumbangan koleksi.
1. SOALAN : Berapa awal permohonan perlu dibuat sebelum tarikh penggambaran?
JAWAPAN : Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum tarikh penggambaran.
2. SOALAN : Di mana boleh saya mendapatkan borang permohonan penggambaran?
JAWAPAN : Borang Permohonan Penggambaran di Lembaga Muzium Negeri Perak boleh dimuat turun di pautan :-
https://muzium.perak.gov.my/images/Borang_Permohonan_Penggambaran_LMNP.pdf
3. SOALAN : Siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan peralatan dan kru penggambaran?
JAWAPAN : Pemohon bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan harta benda dan kru semasa penggambaran. LMNP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kemalangan.
4. SOALAN : Adakah terdapat kawasan larangan atau had masa tertentu semasa penggambaran?
JAWAPAN : Ya. Pemohon perlu mematuhi privasi, kawasan larangan dan tempoh masa yang dipersetujui. Sebarang penambahan masa perlu mendapat kebenaran bertulis daripada LMNP.
5. SOALAN : Apa berlaku jika berlaku kerosakan semasa penggambaran?
JAWAPAN : Sekiranya berlaku kerosakan akibat kecuaian pemohon, mereka perlu membayar ganti rugi kepada LMNP.
6. SOALAN : Adakah perlu mematuhi undang-undang lain semasa penggambaran?
JAWAPAN : Ya. Pemohon perlu mematuhi semua peraturan pihak berkuasa berkaitan. LMNP tidak bertanggungjawab terhadap tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran.
7. SOALAN : Adakah pihak LMNP memerlukan salinan hasil penggambaran?
JAWAPAN : Ya. Pemohon perlu menyerahkan salinan softcopy hasil penggambaran kepada LMNP melalui e-mel ke:
8. SOALAN : Adakah pemohon perlu tandatangan atau bersetuju dengan sebarang syarat tambahan?
JAWAPAN : Dengan menghantar borang permohonan, pemohon secara automatik bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh LMNP.