Skip to main content

Piagam Pelanggan Lembaga Muzium Negeri Perak

Kami berusaha memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan mesra dalam tugas-tugas berikut:

  1. Mengadakan pameran tentang warisan sejarah, budaya, flora dan fauna negeri yang menarik di muzium-muzium di bawah pentadbiran negeri Perak.
    • Pameran Tetap – Berterusan
    • Pameran Sementara / Bergerak / Khas – Minima 3 kali setahun
  2.  Permohonan pinjaman koleksi dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh borang permohonan diterima.
  3.  Permohonan penggambaran / rakaman di muzium-muzium di bawah pentadbiran LMNP dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh borang permohonan diterima.
  4. Memberi maklum balas kepada pertanyaan dan aduan rasmi pelanggan dalam tempoh masa berikut:
    • Akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
    • Maklum balas tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  5. Memberi maklum balas permohonan lawatan berpandu ke muzium dalam tempoh masa berikut:
    • Surat / Emel (Rasmi) – dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat diterima.
    • Telefon – dijawab serta-merta.
  6. Maklum balas bantuan khidmat rujukan kepada pelajar dan penyelidik adalah seperti berikut:
    • Akuan penerimaan permohonan rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
    • Maklum balas (kelulusan / kebenaran) menjalankan penyelidikan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas akuan penerimaan dikeluarkan.