Skip to main content

Mini Galeri Lat Sempena Pementasan Teater Seniman Negara Dato' Lat – “Kampung Boy”

15 November 2025 (Sabtu) : Lembaga Muzium Negeri Perak telah turut serta memeriahkan Pementasan Teater Seniman Negara Dato' Lat – “Kampung Boy” yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 November 2025 (Jumaat - Ahad) pada pukul 8.30 malam, bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak. Penyertaan ini adalah bersempena jemputan sebagai pempamer Mini Galeri Lat, menampilkan paparan bahan koleksi, ilustrasi serta visual berkaitan karya-karya agung Dato' Lat.
 
Pementasan “Kampung Boy” diserikan dengan keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, bersama DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
 
Turut hadir, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri DiRaja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; YB Dato' Seri Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Seri Aznee binti Abu Samah serta YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama isteri, Datin Che Fauziah binti Ahmad.
 
Hadir sama YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; YBhg. Dato' Mohammad Nor bin Mohd Khalid, Seniman Diraja dan isteri, Datin Faezah Ahmad Zanzali; YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Aris, Ketua Pengarah JKKN serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung serta para penggiat seni yang hadir memberi sokongan. Sama-sama kita memartabatkan warisan dan seni budaya Negeri Perak.
 
01.jpg
010.jpg
011.jpg
012.jpg
013.jpg
014.jpg
015.jpg
016.jpg
017.jpg
018.jpg
019.jpg
02.jpg
020.jpg
03.jpg
04.jpg
05.jpg
06.jpg
07.jpg
08.jpg
09.jpg