Aktiviti Kurator Muda Dalam Program Bermalam di Muzium 2025
“Kurator Muda” adalah aktiviti berbentuk pencarian koleksi muzium. Ia dijalankan dalam bentuk eksplorasi berkaitan artifak bersejarah yang terdapat di dalam muzium.
Aktiviti ini bertujuan untuk mendidik peserta khususnya pelajar agar lebih mengenali dan menghargai nilai sejarah serta warisan negara melalui penemuan dan pengenalan terhadap artifak-artifak penting.
Peserta Program Bermalam di Muzium diberi peluang merasai sendiri pengalaman tugas sebagai Kurator melalui aktiviti eskavasi, pembersihan, konservasi serta restorasi artifak.
*************************************************
Jom “follow” kami di :
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@lmnperak
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my