Perutusan Pengarah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) mempunyi visi untuk menjadi institusi permuziuman yang profesional menjelang 2028. Misi kami pula adalah untuk mengumpul, memelihara, memulihara, menyelidik dan mempamer sejarah, budaya dan warisan negeri Perak kepada masyarakat melalui pengurusan koleksi yang kreatif dan tadbir urus yang efisyen.
Justeru, bagi merealisasikan visi dan misi LMNP, kami telah menetapkan 4 teras strategik utama. Pertama; kami perlu memantapkan tadbir urus organisasi yang profesional, berintegriti dan inovatif. Kedua; kami mesti memperkasakan pengurusan koleksi muzium. Ketiga; kami harus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan muzium dalam aspek warisan dan pengurusan program. Keempat; kami akan memperkasakan sejarah, budaya dan warisan negeri Perak.
Ramai di kalangan umum kurang jelas dengan muzium-muzium di bawah pentadbiran kami. Di bawah pentadbiran kami terdapat tujuh muzium di negeri Perak iaitu; Muzium DiRaja Kuala Kangsar, Muzium Darul Ridzuan, Muzium Beruas, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Rumah Kediaman Sultan Azlan Shah, Galeri Sultan Azlan Shah dan terbaharu ialah Galeri Rumah Lat.
Kami berhasrat untuk merubah tanggapan masyarakat terhadap muzium selama ini; dengan pernyataan muzium hanya sebagai tempat penyimpanan barang-barang lama dan tiada terkait dengan kehidupan semasa manusiawi. Namun lebih daripada itu, tanpa cerminan kisah silam manusia tidak akan dapat menggariskan hala tuju masa hadapan dengan lebih jelas.
L.M.N.P Lestari, Memacu, Nilai, Positif.
Selamat melayari laman web kami.
Pengarah,
Lembaga Muzium Negeri Perak.