Latar Belakang
Enakmen Lembaga Muzium Negeri Perak (Enakmen Bil. 4/1987) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perak pada 4 Oktober 1987 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1990. Ia diiktiraf sebagai satu jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.Melalui Enakmen tersebut, tiga buah muzium, sebuah kompleks sejarah, dua buah galeri dan sebuah rumah kediaman telah ditubuhkan :
- Muzium DiRaja Kuala Kangsar
- Muzium Darul Ridzuan, Ipoh
- Muzium Beruas
- Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
- Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah, Batu Gajah
- Galeri Rumah Lat, Batu Gajah.