Program Lakaran Perpaduan di Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah
25 April 2026 : Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) telah menganjurkan Program Lakaran Perpaduan yang berlangsung di Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah, Batu Gajah. Program yg bertemakan "Perpaduan Teras Keharmonian Negara" telah menghimpunkan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam aktiviti berteraskan seni dan perpaduan. Antara pengisian utama ialah pertandingan mewarna bagi sekolah rendah dan pertandingan melukis bagi sekolah menengah.
Sekolah rendah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya dan Sekolah Kebangsaan Bakap. Manakala sekolah menengah pula terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan St. Bernadette's Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Kwan.
Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda melalui penghayatan seni kreatif serta menggalakkan interaksi antara pelajar daripada pelbagai latar belakang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Jom ikuti kami di :
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@lmnperak
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my
Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah | Muzium Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas | Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat