Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) di Muzium Beruas
29 April 2026 : Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) telah menganjurkan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) yang berlangsung di Muzium Beruas. Program ini bertujuan menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dengan memberi pengalaman pembelajaran di institusi muzium. Program ini juga dapat memupuk minat, kefahaman dan penghargaan terhadap tinggalan warisan seramik dan tembikar yang jarang diperkatakan dalam media arus perdana. Sekolah rendah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Gangga, Beruas. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Jom ikuti kami di:
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@lmnperak
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my
Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah| Muzium Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas| Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat