Skip to main content

Kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baharu

Pada 12 Disember 2024 Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak, Tuan Mohamad Amir bin Mohd Dahalan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Safuan bin Haji Raba'ai, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baharu. Pengarah JPN Perak juga merupakan Ahli Mesyuarat Lembaga Pengarah Muzium Negeri Perak.
Kunjungan ini merupakan pertemuan yang julung kalinya diadakan oleh LMNPerak ke pejabat Pengarah JPN Perak semenjak pelantikan beliau pada 28 Oktober lalu. Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan untuk mengeratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara LMNPerak dan pihak pentadbiran JPN Perak