Pameran Sempena Program Jelajah Taat Setia Madani Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2025
5 November 2025 (Rabu) : Lembaga Muzium Negeri Perak telah menyertai Program Jelajah Taat Setia Madani Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2025 yang bertemakan “Kenegaraan, Semangat Patriotisme, Budaya dan Warisan Sejarah”, bertempat di Ipoh Convention Centre (ICC), Perak, anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Pameran Lembaga Muzium Negeri Perak mempersembahkan sejarah Kesultanan Perak, bermula Sultan Perak ke-26 hingga Sultan Perak ke-35, melalui paparan panel maklumat.
Program ini dihadiri YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Negeri Perak, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung dan penjawat awam yang hadir memberi sokongan. Mari bersama-sama menghargai warisan Negeri Perak.
Jom "follow" kami di :
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@lmnperak
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my