Skip to main content

LMNP membuka reruai jualan barangan cenderamata Galeri Rumah Lat di Hotel Kinta Riverfront

Sabtu, 21 Disember 2024 : Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) telah menerima jemputan untuk membuka reruai jualan barangan cenderamata Galeri Rumah Lat, sempena Majlis Makan Malam Alumni Sekolah Kebangsaan Andersonian, Ipoh di Hotel Kinta Riverfront. Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) amat berbesar hati dan merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas jemputan ini. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.