Kunjungan hormat Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri Perak ke Jabatan Muzium Malaysia
27 Januari 2026 : Kunjungan hormat Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri Perak ke Jabatan Muzium Malaysia telah berlangsung dengan diketuai oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik serta mempererat jalinan kerjasama antara institusi permuziuman di peringkat negeri dan persekutuan. Ia turut menjadi platform perbincangan ke arah pemerkasaan tadbir urus, pembangunan institusi dan kelestarian warisan sejarah serta khazanah negara secara bersepadu.
Pihak Lembaga Muzium Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Muzium Malaysia atas kesudian menerima kunjungan hormat ini serta komitmen berterusan dalam menyokong usaha pembangunan dan pemerkasaan sektor permuziuman negara. Penghargaan ini turut dizahirkan sebagai tanda menghormati kerjasama strategik yang terjalin serta sokongan padu ke arah kelestarian warisan dan khazanah sejarah negara.
Jom ikuti kami di :
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@lmnperak
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my
Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah | Muzium Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas | Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat