Kunjungan Delegasi daripada Shrishti School, Tamil Nadu, India
Rabu, 23 Oktober 2024, Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, Perak telah menerima kunjungan delegasi 40 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring daripada Shrishti School, Tamil Nadu, India. Delegasi ini dalam rangka Program Pertukaran Belia / Pelajar Antarabangsa (Malaysia - India) 2024.(International Youth and Group Study Exchange Programme 2024).
Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini.