Informasi

Majlis Perasmian Galeri Rumah Lat

  8 Julai 2023      Batu Gajah, Perak.

Menjunjung kasih Tuanku.

BATU GAJAH, 8 JULAI 2023-DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli merasmikan Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Perak.

Turut berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama,

YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Saarani bin Mohamad bersama isteri, YABhg. Datin Seri Aezer Binti Zubin.

Galeri Rumah Lat mempamerkan hasil karya seni yang dihasilkan oleh kartunis tersohor tanah air, Dato' Mohd Nor bin Khalid atau dikenali sebagai "Lat" sepanjang pembabitannya sebagai seorang kartunis.

Galeri ini mempamerkan kisah hidup Lat bermula sejak kelahirannya sehingga kini, perjalanan kerjayanya sebagai kartunis, karya-karya kartun Lat, komik-komiknya warkah-warkah terpilih, gambar-gambar sebenar sebagai lipatan kenangan, barangan peribadi yang digunakan untuk berkarya, anugerah-anugerah dan banyak lagi.

Para pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman sebenar memasuki ke rumah kayu yang mengambil ilham daripada komik "The Kampung Boy".

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan juga berkenan menganugerahkan Dato’ Mohd Nor bin Khalid sebagai "Seniman Diraja".

#grl #muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak

IMG 4155
IMG 4156
IMG 4158
IMG 4159
IMG 4160
IMG 4163
IMG 4165
IMG 4166
IMG 4172
IMG 4173
IMG 4175
IMG 4176
 

Projek Pengisian Semula Pameran Tetap Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah

  28 Mac 2023     Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah, Batu Gajah.

Projek pengisian semula pameran tetap Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah, Batu Gajah dilaksanakan bertujuan menambah baik maklumat dan susun atur pameran. Projek ini bermula Julai 2022 dan diketuai oleh YM Raja Zainurainy binti Raja Ali dari Unit Koleksi Lembaga Muzium Negeri Perak bersama kakitangan Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

#muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Lawatan Kerja ke Muzium Kesenian Islam Malaysia bagi melawat Pameran Keris

  8 Mac 2023     Muzium Kesenian Islam Malaysia

Lawatan kerja ke Muzium Kesenian Islam Malaysia bagi melawat pameran keris: Kuasa dan Jati Diri pada 8 Mac 2023.

#lawatankerja #muziumkesenianislam #muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium
#perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak

1
10
2
3
4
5
6
7
8
9

Keberangkatan YTM Raja Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

4 Mac 2023      Galeri Sultan Azlan Shah

Keberangkatan YTM Raja Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ke Galeri Sultan Azlan Shah
pada 4 Mac 2023 bagi Penyusunan & Semakan Naik Taraf Bangunan dan Pameran Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

#perakroyal #gsas #lmnp #muzium #museum #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak #budayaperak


1
2
3
4
5
6
7
8

Lawatan Kerja ke Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang bagi melawat Pameran MERGASTUA

  24 Februari 2023     Muzium Negeri Pulau Pinang

Lawatan kerja ke Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang bagi melawat Pameran MERGASTUA : Taxidermy = Art + Science Combined dan Muzium Perang, Penang.

#mergastuataxidermy #muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak

1
10
2
3
4
5
6
7
8
9

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map