Hubungi Kami

Lokasi: Utama > Objektif Penubuhan


Objektif Penubuhan

Objektif Penubuhan Muzium Negeri Perak
Sebagai sebuah agensi untuk mengumpul, menyelidik, memelihara, dan mempamerkan bahan-bahan yang berunsur kebudayaan, sejarah, flora dan fauna Negeri Perak Darul Ridzuan serta membantu usaha-usaha kerajaan di dalam menggalakkan industri pelancongan.

Lembaga Muzium Negeri Perak
Enakmen Lembaga Muzium Negeri Perak ( Enakmen Bil.4 1987 ) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perak pada 4 Oktober 1987 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1990. Terdapat tiga buah muzium dan sebuah Kompleks Sejarah diletakkan di bawah pengurusan Lembaga Muzium Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu;

i. Muzium Darul Ridzuan Ipoh, ditubuhkan pada tahun 1992.
ii. Muzium DiRaja Kuala Kangsar ditubuhkan pada 1986.
iii. Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah ditubuhkan pada 1990.
iv. Muzium Beruas, Beruas ditubuhkan pada 1995

Objektif Penubuhan Lembaga Muzium Negeri Perak
Objektif penubuhan lembaga Muzium Negeri Perak ialah:-

i. Menyelamatkan segala warisan sejarah, kebudayaan, kesenian, flora dan fauna negeri Perak dengan cara mengumpul, menyelidik, memelihara, menerbit dan mempamerkannya di muzium-muzium khusus di bawah pengurusan Lembaga Muzium.

ii. Menjalankan penyelidikan dan pemeliharaan terhadap bangunan-bangunan dan kesan-kesan sejarah yang terdapat di serata Negeri Perak.

iii. Menjalankan penyelidikan dalam beberapa cabang kebudayaan Negeri Perak amnya terutama sekali mengenai adat istiadat kesultanan Negeri Perak.

iv. Membantu kerajaan dalam mengalakkan usaha pelancongan.