Saiz Teks

GALERI SULTAN AZLAN SHAH

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG 

Galeri Sultan Azlan Shah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 9 Disember 2003. Galeri yang tersergam indah ini telah dibaikpulih dari istana lama iaitu Istana Ulu yang mula dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1903. Istana ini pada asalnya pernah menjadi tempat persemayaman tiga orang Sultan Perak iaitu Almarhum Sultan Idris Murshidul ‘Adzam Shah I, Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah dan Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah.

Kini ia merupakan sebuah galeri yang merakamkan sejarah dan peristiwa penting perjalanan hidup DYMM Sultan Azlan Shah bermula dari zaman kanak-kanak sehinggalah dimasyhurkan  sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak yang ke-34 dan juga sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-9.

Galeri ini adalah satu pendekatan terbaik kepada rakyat untuk mengenali secara lebih mendalam seorang Raja yang berdaulat serta meningkatkan fahaman dan apresiasi rakyat terhadap Institusi Raja Berperlembagaan.

Kemegahan dan keagungan Galeri ini memperlihatkan senibina bercirikan kolonial dan tempatan. Bahagian bumbungnya berbentuk limas menggunakan pengaruh Aceh sementara di bahagian kubah di kedua-dua menara bangunan adalah pengaruh dari India.

Kebanyakan bahan binaan dibawa dari luar negara iaitu atap dari Perancis dan jubinnya pula dari Itali. Begitupun, banyak bahan tempatan yang digunakan seperti kerangka bumbung dari kayu cengal dan ukiran dari kayu meranti yang terbaik.

Galeri ini mempamerkan maklumat dan bahan-bahan peribadi milik DYMM Sultan Azlan Shah. Ia diperagakan dengan teratur dan sistematik di setiap ruang pameran. Bahan-bahan yang dipamerkan dibahagikan kepada beberapa tema : 

  1. Salasilah DiRaja
  2. Keluarga DiRaja
  3. DYMM semasa zaman persekolahan / remaja
  4. Kronologi kerjaya DYMM dalam bidang perundangan
  5. Istiadat Pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak yang ke-34
  6. DYMM sebagai SPB Yang Dipertuan Agong ke-9
  7. DYMM sebagai tokoh sukan
  8. DYMM sebagai Kolonel Diraja Kor
  9. Rejimen Askar Jurutera Diraja
  10. Sambutan Jubli Perak Ulangtahun ke-25 Pemerintahan DYMM sebagai Sultan Perak yang ke-34
  11. Alat-alat Kebesaran Negeri Perak
  12. Nobat dan peralatannya
  13. Balairong Seri Istana Iskandariah dalam bentuk diorama
  14. Koleksi keris
  15. Koleksi kereta DYMM
  16. Koleksi cenderamata

  

PENCAPAIAN

Anugerah Pelancongan Terbaik Malaysia 2005-2006 Kategori Tarikan Pelancongan Terbaik Warisan.

- Anugerah Pelancongan Terbaik Negeri Perak 2007  Kategori Exciting Tourist Attractions.

- Anugerah Pegawai Daerah Kuala Kangsar 2007  Kategori Tarikan Pelancongan Terbaik Warisan dan Tarikan Pelancongan Menarik.

- Anugerah Pelancongan Malaysia  (Best Tourist Attraction) Tahun 2004 – Anugerah Merit (Merit Award).

 

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web rasmi Galeri Sultan Azlan Shah di pautan berikut:- http://gsas.perak.gov.my

 

София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3