Muzium Beruas

Penubuhan Muzium Beruas ini bertujuan untuk mengumpul dan mengungkapkan semula tentang sejarah keagungan kerajaan Gangga Negara dan Beruas, iaitu sebuah kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak yang telah wujud seawal abad kedua hingga kelima belas. Kehebatan kedua-dua kerajaan itu telah menarik perhatian beberapa orang pengkaji, dimulai dengan Kol. James Low pada tahun 1840-an. Beliau berpendapat kerajaan Beruas itu memang wujud tetapi sukar untuk mempastikan lokasi sebenarnya.

Satu abad kemudian, H. G. Quaritch Wales (1940) melawat tempat yang sama dan bersependapat dengan Low. Beliau juga agak kecewa dengan bahan-bahan yang boleh membuktikan keagungan Beruas zaman silam. Misteri itu mungkin dapat dijawab andainya satu kerja carigali yang menyeluruh dijalankan. Selepas beliau, Beruas tidak disebut-sebut lagi sehinggalah pada tahun 1986. Isu lama Beruas diperbaharui berikutan dengan jumpaan artifak-artifak dan disiarkan dalam akhbar tempatan.

Isu lama seperti lokasi sebernarnya kerajaan Beruas dan Manjung serta kehebatan kedua-dua kerajaan tersebut masih belum terjawab. Pada tahun 1986 timbul pula satu lagi isu, Beruas dikatakan tempat pertama didatangi Islam di rantau ini. Isu ini timbul dari dakwaan masyarakat setempat yang mengatakan sebuah batu bersurat telah dijumpai di persekitaran pekan Beruas.

Minat terhadap kewujudan kerajaan Beruas terus hidup dan usaha penilitian di bawah aktivis khas yang dipanggil Projek Penelitian Sejarah Beruas Fasa 1 yang bermula pada 25 November 1991 telah dilaksanakan. Usaha tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri Perak melalui Yayasan Perak dan didokong bersama olah Jabatan Muzium dan Antikuiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Rekreasi, Jabatan Kajibumi (Ipoh), Persatuan Pengkaji dan Peminat Sejarah Daerah Manjung, guru-guru sekolah di sekitar Beruas dan FELCRA diketuai oleh Dr. Prof. Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman.

Muzium ini memaparkan segala maklumat yang dikumpul dan dikaji dalam bentuk bahan sebenar, peta-peta ilustrasi dan nota-nota mengenai kegemilangan kerajaan Beruas. Muzium Beruas telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Diraja (Dr.) Ramli bin Haji Ngah Talib, Menteri Besar Perak ke-8 pada 8 Disember 1998.

Waktu Lawatan


DITUTUP SEMENTARA UNTUK LAWATAN BAGI KERJA-KERJA NAIKTARAF

Lokasi

32700 Beruas, Perak Darul Ridzuan

No. Telefon : +605-6740160
No. Faksimili : +605-6740160

icon gmap   icon gmap

Bayaran Masuk

Percuma
DSC 0289
DSC 0304
DSC 0317
DSC 0318
DSC 0319
DSC 0322
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman