22 Disember 2023 Guangzhou, China
Sekalung Tahniah Lembaga Muzium Negeri Perak mengucapkan kepada Seniman Diraja; Dato' Mohd Nor bin Khalid (Lat) di atas Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize 2023 di Guangzhou, China, pada 22 Disember 2023.
Majlis ini dikendalikan oleh Cai Zhizhong Comic Committe dibawah naungan pelukis komik tersohor di China, yang sudah lama terkenal bertapak di dalam dunia penerbitan di China dan di peringkat antarabangsa.
#lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak
8 Julai 2023 Batu Gajah, Perak.
Menjunjung kasih Tuanku.
BATU GAJAH, 8 JULAI 2023-DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli merasmikan Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Perak.
Turut berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama,
YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Saarani bin Mohamad bersama isteri, YABhg. Datin Seri Aezer Binti Zubin.
Galeri Rumah Lat mempamerkan hasil karya seni yang dihasilkan oleh kartunis tersohor tanah air, Dato' Mohd Nor bin Khalid atau dikenali sebagai "Lat" sepanjang pembabitannya sebagai seorang kartunis.
Galeri ini mempamerkan kisah hidup Lat bermula sejak kelahirannya sehingga kini, perjalanan kerjayanya sebagai kartunis, karya-karya kartun Lat, komik-komiknya warkah-warkah terpilih, gambar-gambar sebenar sebagai lipatan kenangan, barangan peribadi yang digunakan untuk berkarya, anugerah-anugerah dan banyak lagi.
Para pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman sebenar memasuki ke rumah kayu yang mengambil ilham daripada komik "The Kampung Boy".
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan juga berkenan menganugerahkan Dato’ Mohd Nor bin Khalid sebagai "Seniman Diraja".
#grl #muzium #lmnp #lmnperak #museum #mohsinggahmuzium #muzium #perakheritage #perakhistory #sejarahperak #warisanperak