Saiz Teks

Visi, Misi, Objektif

     

VISI

Untuk menjadi sebuah institusi permuziuman yang cemerlang di dalam memelihara dan mempamerkan warisan sejarah dan budaya negeri Perak bagi memantap dan menanam semangat cintakan negara dan menyayangi warisan budaya bangsa.

MISI

  1. Untuk menyebarluaskan pengetahuan mengenai sejarah dan budaya Negeri Perak kepada masyarakat umum terutamanya generasi muda.
  2. Untuk mengenengah dan memantapkan peranan muzium dalam pembentukan bangsa dan negara dalam era globalisasi serta ledakan teknologi maklumat.
  3. Untuk menggalakkan kerjasama dalam mengintegrasi dan memantapkan kerja–kerja penyelidikan, pemasaran dan pembangunan dengan institusi – institusi lain di dalam dan luar negara.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

Muzium DiRaja Kuala Kangsar
- Mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamer dan menerbitkan bahan- bahan warisan Sejarah Kesultanan Perak serta membantu  
usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan pelancongan.

Muzium Darul Ridzuan 
- Mengumpul, menyelidik, memelihara dan mempamerkan bahan-bahan sejarah mengenai Perlombongan Bijih Timah dan Perhutanan  
Negeri Perak.

Muzium Beruas
- Mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamer dan menerbitkan bahan- bahan sejarah kerajaan purba Gangga Negara dan  
Kerajaan Islam Beruas serta membantu usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan pelancongan.

Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamer dan menerbitkan bahan- bahan pameran sejarah perjuangan patriotisme dan  nasionalisme rakyat negeri Perak serta membantu usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan pelancongan.

Galeri Sultan Azlan Shah
- Mengumpul, menyelidik, memelihara dan mempamerkan koleksi-koleksi peribadi DYMM Sultan Azlan Shah.

Rumah Kediaman DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah
- Memelihara dan mempamerkan koleksi-koleksi peribadi DYMM Sultan Azlan Shah semasa remaja.

София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3