Saiz Teks

 

PERAK, 25 APRIL 2016 - Seluruh warga Lembaga Muzium Negeri Perak telah melibatkan diri dalam menjayakan Program "Jom Baca Bersama untuk 10 Minit". Program ini berupaya memupuk budaya membaca dalam kalangan warga Lembaga Muzium Negeri Perak. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit setiap hari.

 

 Pengarah Lembaga Muzium Perak, Puan Nor Janati Binti Ibrahim bersama warga Galeri Sultan Azlan   dalam Program  "Jom Baca Bersama untuk 10 Minit" di Galeri Utama, Galeri Sultan Azlan Shah.

 

 

 Warga Muzium Darul Ridzuan turut menjayakan Program "Jom Baca Bersama untuk 10 Minit".

 

 

 

 

 

 
София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3