Dasar Privasi

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal Lembaga Muzium Negeri Perak kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui emel atau pendaftaran di ruangan ahli yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam portal ini.

Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

Portal Lembaga Muzium Negeri Perak menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan portal ini.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Portal Lembaga Muzium Negeri Perak mempunyai pautan ke laman web/portal agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web/portal yang terdapat dalam pautan portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui ruangan Maklumbalas Pengguna yang disediakan dalam portal ini.

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perak Aman Jaya.

Selamat datang ke laman web rasmi Lembaga Muzium Negeri Perak, satu paparan maklumat yang berkaitan dengan warisan dan sejarah negeri Perak secara amnya.

Sudah semestinya pada zaman dunia tanpa sempadan ini, anda akan mendapatkan maklumat yang anda cari, tetapi dengan melawat dan melihat sendiri muzium-muzium dan galeri di Lembaga Muzium Negeri Perak yang telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Pelancongan Malaysia sebagai tarikan pelancong terbaik , ia akan menjadi lebih bermakna.

Pihak kami akan sentiasa memaparkan maklumat terkini mengenai berita-berita terbaru dan publisiti terkini di Lembaga Muzium Negeri Perak. Diharapkan pembangunan laman web ini dapat mendekatkan muzium dan anda dalam mengenali warisan dan sejarah negeri Perak.

Kami juga amat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan anda untuk memperbaiki lagi laman web ini untuk memberikan yang terbaik untuk anda.

Selamat melayari laman web kami.

Semoga kita berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

NJI
Pengarah,
Lembaga Muzium Negeri Perak.

Visi, Misi, Objektif

VISI

Untuk menjadi sebuah institusi permuziuman yang cemerlang di dalam memelihara dan mempamerkan warisan sejarah dan budaya negeri Perak bagi memantap dan menanam semangat cintakan negara dan menyayangi warisan budaya bangsa.

MISI
  1. Untuk menyebarluaskan pengetahuan mengenai sejarah dan budaya Negeri Perak kepada masyarakat umum terutamanya generasi muda.
  2. Untuk mengenengah dan memantapkan peranan muzium dalam pembentukan bangsa dan negara dalam era globalisasi serta ledakan teknologi maklumat.
  3. Untuk menggalakkan kerjasama dalam mengintegrasi dan memantapkan kerja–kerja penyelidikan, pemasaran dan pembangunan dengan institusi – institusi lain di dalam dan luar negara.
OBJEKTIF PENUBUHAN

Muzium DiRaja Kuala Kangsar
Mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamer dan menerbitkan bahan- bahan warisan Sejarah Kesultanan Perak serta membantu usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan pelancongan.

Muzium Darul Ridzuan
Mengumpul, menyelidik, memelihara dan mempamerkan bahan-bahan sejarah mengenai Perlombongan Bijih Timah dan Perhutanan Negeri Perak.

Muzium Beruas
Mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamer dan menerbitkan bahan- bahan sejarah kerajaan purba Gangga Negara dan Kerajaan Islam Beruas serta membantu usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan pelancongan.

Kompleks Sejarah Pasir Salak
Mengumpul, menyelidik, memelihara, mempamer dan menerbitkan bahan- bahan pameran sejarah perjuangan patriotisme dan nasionalisme rakyat negeri Perak serta membantu usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan pelancongan.

Galeri Sultan Azlan Shah
Mengumpul, menyelidik, memelihara dan mempamerkan koleksi-koleksi peribadi DYMM Sultan Azlan Shah.

Rumah Kediaman DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah
Memelihara dan mempamerkan koleksi-koleksi peribadi DYMM Sultan Azlan Shah semasa remaja.

Latar Belakang

Enakmen Lembaga Muzium Negeri Perak (Enakmen Bil. 4/1987) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perak pada 4 Oktober 1987 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1990. Ia diiktiraf sebagai satu jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Melalui Enakmen tersebut, tiga buah muzium, sebuah kompleks sejarah, sebuah galeri dan sebuah rumah kediaman telah ditubuhkan :
  1. Muzium DiRaja Kuala Kangsar
  2. Muzium Darul Ridzuan Ipoh
  3. Muzium Beruas
  4. Kompleks Sejarah Pasir Salak
  5. Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar
  6. Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah Batu Gajah
  • 1
  • 2
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman