Text Size

Be Like Mamat Contest

Syarat-syarat Pertandingan :-

 

1.    Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia pelbagai peringkat usia kecuali kakitangan Lembaga Muzium Negeri Perak, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara serta keluarga terdekat;

2.    Penyertaan adalah PERCUMA;

3.    Tempoh pertandingan bermula 1 Mei – 1 Julai 2018;

4.    Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan sahaja yang layak memenangi hadiah bagi kategori mingguan dan utama;

5.    Dilarang memuat naik gambar yang mempunyai unsur politik, perkauman, lucah serta jelik;

6.    Pemenang dinilai berdasarkan jumlah tanda suka terbanyak serta gambar yang menarik;

7.    Suntingan atau ubahsuai minima pada gambar dibenarkan;

8.    Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu memuat naik gambar swafoto bersama watak karikatur Mamat yang terdapat di Muzium Darul Ridzuan melalui laman facebook Lembaga Muzium Negeri Perak (http://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriPerak) dengan kewajipan berikut:-

8.1  Suka laman facebook Lembaga Muzium Negeri Perak

8.2  Kongsi post pertandingan ini

8.3  Muat naik gambar swafoto anda dengan caption #LATerasi2018 dan #lmnperak

8.4  Pastikan gambar yang dimuat naik berada dalam tetapan paparan umum ;

9.    Gambar yang dimuat naik bagi tujuan pertandingan ini mestilah karya asli daripada peserta sendiri;

10.  Semua gambar penyertaan akan menjadi hak milik Lembaga Muzium Negeri Perak;

11.  Lembaga Muzium Negeri Perak tidak akan menanggung sebarang kos daripada peserta sepanjang pertandingan ini berlangsung;

12.  Pemenang mingguan akan diumumkan pada setiap hari Isnin di laman web dan facebook rasmi Lembaga Muzium Negeri Perak;

13.  Pemenang kategori hadiah utama akan diumumkan selepas tempoh pertandingan tamat.

14.  Pemenang perlu menghubungi Lembaga Muzium Negeri Perak dalam masa 7 hari bekerja untuk menuntut hadiah;

15.  Penganjur berhak menukar hadiah tanpa memaklumkan kepada peserta;

16.  Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

София plus.google.com/102831918332158008841 EMSIEN-3